Selasa, 14 Jun 2011

Soto Daging.

Pagi ini aku masak soto daging ,sebagai menu diet pagiku,Aku masak soto ini tanpa menggunakan minyak,biasanya semua bumbu digoreng kali ini aku rebus dan bakar sahaja,Bagi yang tengah berdiet bagus juga mencoba resepi Soto ini.
Resepi Sate Daging
Bahan-bahan
1/2 kg daging dibuang lemaknya dan rebus hingga empuk,airnya jangan dibuang
Bumbu halus
5 ulas bawang merah,4 ulas bawang putih
3 butir buah keras
1 dm ketumbar
1 sdt jintan manis
2 cm halia,2 cm lengkuas
1 sdt lada hitam,garam  dan serbuk perasa secukup rasa
Rempah lain
3 helai daun salam ,5 helai daun limau purut
1 cm kayu manis ,2 kuntum bunga lawang,3 batang serai dimemarkan.
Untuk sambal
6 biji cili merah.3 biji cili padi ,2 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih direbus.
lau ditumbuk hingga lumat tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa.
Bahan Pelengkap
Taugeh,daun bawang ,daun sup,lontong dan telur rebus.

Cara memasak
1.Daging diptong tipis dan direbus bersama rempah yang dihakuskan lalu ditoskan.
2.Air rebusan daging tadi dimasak lagi campurkan ndaun limau,daun salam ,serai,kayu ,manis dan bunga lawang,kacau hingga sebati.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4 daging yang seudah ditoskan tadi dibakar dalam oven selam 5 menit.
5,Hidangkan bersama kuah dan bahan pelengkap.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...