Seperti biasa aku memang tak makan makanan yang berminyak,Jadi menu tengah hari ini aku masak sambal telur tempoyak campur ikan bilis dan sayur rebus campur,Kena pula akhir-akhir ini cuaca panas terik.Aku suka masak masakan yang berebus sahaja.
Resepi sambal Telur Tempoyak
2 biji telur direbus
1 genggam ikan bilis
7 biji cili kering ditumbuk halus
2 ulas bawang putih tumbuk halus
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 sdt garam
1 sdm tempoyak
1 sdt ajinomoto
1 keping asam keping 1 sdm gula
1 helai daun kunyit
1 cawan air
cara memasak
1.Didihkan air masukan kesemua bumbu hingga rata sambil dikacau-kacau.
2.Masukan ikan bilis dan telur yang direbus buang kulit dan dicucuk-cucuk dengan garpu.
3.Masak hingga kuah pekat baru diangkat.
Sayur campur
Bahan-bahan
1 batang lobak merah potong kecil
1 biji peria buang biji potong
100 gtram baby choy
7 biji kacabg botot
Bumbu-bumbu
1 biji bawang besar potong kasar
3 ulas bawang putih dittik
4 ulas bawang merah ditik
1 kiub pati ikan bilis
1 sdm sos tiram
2 cm halia diketuk
1 st garam
2 biji hot dog dipotong serong
1 biji fish cake potong serong
2 biji cili merah dibelah dua
1 liter air
Cara memasak
1.didihkan air dan masukan bumbu serta hot dog dan fish cake
2.Apabaila sudah sebati masukan kesemua sayur.
3.Masak hingga sayur empuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan