Jumaat, 17 Jun 2011

Roti Yogurt berkismis

Malas nak membeli roti dikedai kebetulan pula banyak tepung dan ada sedikit balance yugurt ,akhirnya aku buat roti,nah alang-alang buata sarapan sekali.Disamping senang membuatnya dan berkhasiat lagi,Sekalian buat bekal sekolah,nah resepinya mudah sahaja.
Resepi Rti Yogurt
Bahan-bahannya
300 gram tepung berprotein tinggi
100 gram tepung gandum biasa
Roti Yogurt berkismis
20 gram susu tepung
75 gram gula pasir
8 gram yis segera
1 biji telur
50 gram yogurt
150 ml air sejuk
75 gram maegarine, 3 sdm susu pekat untuk disapukan ke roti.
1 sdt garam 50 gram kismis potong dan celur.

cara nenbuatnya
1.Campur tepung protein tinggi,tepung gandum,susu tepung,gula pasir dan yis kacau rata.
2.Masukan telur,yogurrt dan air sejuk sedikit demi sedikit hinnga tak melekat ditangan,lalu masukan margarine dan uli lagi,rehatkan selama 30 menit.
3.Kempiskan adunan dan uli rata, susun adunan setiap adunan 50 gram bentuk bulat,biarkan 10 menit.
4.Campurkan kismis dan uli sekali lagi ,bentuk sesuai yang kita inginkan ,biarakan selama 1 jam hingga kembang.
5,Sapu dengan susu pekat dan bakar selama 12 menit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...