Selasa, 28 Jun 2011

Donat Ubi kayu.

Nah satu lagi bahan dari ubi kali ini untuk membuat kue donat yang begitu lembut,dulu semasa saya kecil ibu saya selalu mengolah ubi menjadi macam-macam makanan  yang tak pernah kulupa adalah donat ubi,maklumlah dikampung ubi kan banyak ,mau membeliu bahan yang mahal-mahal tak mampu jadi bahan ubi dipelbagaikan menjadi makanan yang tak kalah menariknya dengan makanan lain.

Donat Ubi Kayu
Bahan-bahannya
400 gram ubi kayu diparut halus
400 gram tepung gandum
100 gram margarine
2 biji telur
11 gram yis
1/2 sdt baking powder
100 gram gula halus
50 gram susu tepung
150 ml air 1/2 sdt garam halus
Gula Icing untuk tabur

Cara membuatnya
1,Campurkan ubi dengan tepung dgandum,gula halus,baking powder,yis ,garam dan susu.
2.Masukan telur dan air sambil diuli  tambahkan margarine uli hingga berbentu adunan biarkan 60 mnit.
3.Potong dan timbang anggaran 50 gram bulatkan dan biarkan mengembang selama 30 menit.
4.Kempiskan masing-masing bulatan dan bentuk kembali bola-bola lubangi tengahnya dengan jari.
5.Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.
6.Sejukan donat taburkan dengan gula icing.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...