Khamis, 26 Mei 2011

Nasi Ayam Diet.

Masakan tengah harin ini adalah nasi ayam untuk orang Diet sebab orang diet kena kurangkan lemak dalam segi ,masakan ,Kali ini aku dapat resepi dari kawan ku yang jauh disana.Setelah makan nasi ayam ini aku makan buah belimbing,kena pula panas tengah hari sedap sekali.

Resepi nasi Ayam diet

Bahan-bahannya
1 ekor ayam potong dua dibesihkan dan buang semua lemak-lemaknya.
5 ulas bawang putih ketuk
2 cm halia ketuk
1cm kulit kayu manis
2 buah pelaga
1 sdb kicap cair
4 tin beras
2 helai daun pandan disimpul
Carod potong dada

Sayuran
daun salad
timun 
tomato
daun sup 
bawang goreng
garam secukupnya

Untuk sambal
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sdm jus limau
gula dan garam secukupnya

Cara memasak
1.Rebus ayam dalam periuk besar sehingga ayam tenggelam bersam dengan halia,bawang putih ,bunga cengkih ,buah pelaga dan kulit kayu manis..
2.Bila sudah mendidih ayam ditoskan .
3,Lumurka ayam dengan kicap cair dan bakar selama 45 menit.
4,Air rebusan ayam tadi digunakan untuk memasak nasi,masukan beras dalam Rice Cooker dan masukan daun pandan yang disimpul ,lalu masak hinnga mendidih.
5.Jangan lupa ambil sedikit air rebusan ayam untuk membuat sup,masukan carot,apabila sudah lembut masukan daun sup, daun bawang dan bawang goreng,
6.Buat sambalnya blender cili bersama bawang puiti hingga lumat lalu perasakan dengan garam,ula dan jus limau.manis ,masin dan pedas.
1.Sayur dipotong mengikut selera kita.,
7,Hidangkan nasi dalam pinggan susun ,ayam sayur dan sup.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...