nah ini aku buat kue keria
Resepinya adalah
350 gram keledek buang kulit dan kukus hingga masak
1 cawan tepung ubi ,sedikit minyak masak
3 sdm tepung pulut, 50 ml air
pewarna merah dan hijau, daun pandan secukupnya potong 3-4 cm.
Bahan Inti
1/2 ketul gula melaka
1 sdm tepung gandum untuk melekatkan kelapa
sedikit air
Masukan semua bahan dan masak sampai kering.
Cara membuat
1.Lenyek kledek hingga hancur masukan tepung dan gaul hingga berderai.
2.Masukan garam serta sedikit air hingga menjadi doh tak lekat ditangan.
3,Bagi adunan dan beri pewarna, ambil sedikit adunan dan celupkan hujung jari kedalam minyak masak, lipatkan doh ketapak tangan lalu masukan inti tutup rapat,
4,Kepal perlahan bentuk bujur,selepas itu kelarkan doh menggunakan belakang pisau buat 4-5 garisan dan dialas daun pandan.
5.Kukus selama 10 menit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan