Bahan
4 cawan beras basmati
2 cawan kelapa parut jadikan 5 cawan santan
5 cm halia diketuk
1 batang serai diketuk
1 helai daun limau
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 sdm minyak untuk menumis
untuk hiasan
2 bji telur dadar
kismis
Bawang goreng untuk hiasan
Bahan untuk dikisar
2 sdb ketumbar
1 sdt jintan manis
1sdt jintan putih
1 sdt lada hitam 2sdt serbuk kunyit
sedikit garam
Cara memasak
1.Kelapa diperah diambil santannya untuk masak nasi,
2.Panaskan minyak masukan rempah-rempah,daun limau purut,halia serta bahan
giling hingga naik bau.
3.Masukan santan dan garam tunggu mendidih/
4.Masukan beras dan masak hingga tanak nasinya.
5,Taburkan telur dadar,kismis dan bawang goreng diatasnya bila menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan