Rabu, 27 April 2011

Krasikan.

Krasikan adalah sejenis makanan yang berasaskan beras pulut , makanan ini berasal dari tempat saya dilahirkan.. Semasa kecil saya sangat menyukai kue ini ,nenek saya  selalu membuatnya ,maklumlah namanya anak-anak suka makanan manis-manis. Barang kali generasi sekarang sudah banyak yang melupakannya. Nah kalau nak ingin tahu inilah resepi masakan krasikan.

Bahan-bahannya.
300 gram beras pulut
1 sdt kapur sirih
1 butir kelapa parut
250 gram gula melaka disisir
500 cc santan dari sebiji kelapa.

Cara membuat
1.Rendam beras dalam kapur sirih selama satu jam. Lalu cuci bersih dan toskan.
2.Sangrai beras hingga kecoklatan, lalu tumbuk setengah halus.
3.Sangrai kelapa hingga kekuningan dan tumbuk sampai halus dan  berminyak.
4.Masak gula melaka dengan santan sampai mendidih lalu tapis,lalu masak lagi sampai mendidih dan masukan pilut serta kelapa tumbuk.
5.Kacau hingga rata dan kering lalu angkat,
6.Letak dalam loyang  ratakan sambil ditekan-tekan , apabila sudah sejuk baru dipotong mengikut selera kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...