Selasa, 11 Disember 2012

Kuih Goyang.

Kuih tradisional ini selalu dijumpai pada setiap hari raya semasa kecilku dulu , Tapi sekarang begitu mudah untuk mendapatkannya, sebenarnya cara membuatnya senang saja disamping bahannya cukup simple saja.
Cuma kena tekun sikit, dulu semasa kecil aku selalu membuatnya, maklumlah orang dulu setiap anak perempuan kena rajin ke dapur. Tapi sekarang nampaklah sikit hasilnya daripada semua berbeli kan lebih jimat membuat sendiri disamping rasa puas hati, anak-anakpun jadi ikut rajin ke dapur.

Resepi kuih Goyang
Bahan-bahannya
250 gram tepung beras
2 biji telur
1sdt garam
400 ml santan
3 sdm bijan disangrai sekejap lalu dihaluskan
Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya
1. Campur kesemua bahan hingga rata.
2. Panaskan minyak dan celupkan acuan kuih goyang kedalam minyak.
3.Apabila sudah betul-betul panas celupkan acuan kedalam minyak panas sambil digoyang-goyangkan.
4. BIarkan hingga terlepas sendiri , buat smapai habis.
5, Apabila sudah sejuk masukan dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...