Khamis, 2 Februari 2012

Ayam Madu

Ayam ini sangat diminati oleh anak-anak sebagai lauk sebab rasanya manis.Sesuai dimakan dengan nasi panas tak kira untuk hidangan tengah hari maupun makan petang. Kadang kala kita  jemu nak makan ayam tapi bila kita bega-begakan pasti anak kita tak jemu.

Resepi ayam madu
Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam dipoton ikut kesukaan kita
1sdm garam
1sdk serbuk kunyit
1 sdt serbuk perasa
8 tangkai cili kering direndam air panas lalu diblender
1 cm halia dihaluskan
3 sdm sos tomato
1 sdm serbuk cili
4 sdm madu+ 1/2 cawan  air
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 sdm gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya
1.Ayam diperap bersama garam ,serbuk perasa serta serbuk kunyit selama 10 menit, lalu digoreng jangan terlalu garing sangat ,
2.Tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga harum ,lalu masukan cil kering yang telah dihaluskan berama sos tomato.serbuk cili,gula ,madu  yang telah dicampur dengan air, kacau hingga sebati.
3.Masukan ayam dan kacau sekejap biarkan ayam meresap dengan rempah-rempah tadi,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...