Jumaat, 27 Januari 2012

Rempeyek Kacang.

Sambil nengok tv sambil mengunyah rempeyek memang seronok,kali ini rempeyek kcang tanah bagi yang banyak gigi menyeronkan memang,Membuat rempeyek memang tak memerlukan bahan yang banyak,cuma memerlukan ketukunan ,tapi bagi yang sudah biasa sekejap saja.

Resepi Rempeyek kacang
Bahan-bahannya
300 gram tepung beras
200 gram tepung jagung
2 biji telur
700 ml air
Kacang tanah secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Rempah yang dihaluskan
1 sdm ketumbar
1/2 sdm jintan
4 butir buah keras
5 ulas bawang putih
5 cm kunyit hidup
3 cm cekur
Garam secukupnya
1 sdt serbuk perasa.

Cara memasaknya
1.Satukan kesemua bahan kacau sehingga sebati.
2,Panaskan kuali lalu curahkan minyak.
3.Rendam accuan rempeyek kedalam minyak panas sekejap.
4.Sudukan bahan tepung tadi lalu masukan kacang dalam acuan, lalu goreng, nanti rempeyek akan terkeluar sendiri. nah senang kan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...