Jumaat, 6 Januari 2012

Pulut gulung inti ayam.

Pulut ini sesuai untuk sarapan pagi sebab mengenyangkan dan cukup berkhasiat ,pulut ini aku  makanan yang divariasi sehingga menarik tertama bagi anak-anak..Pulut ini juga sesuai untuk berkelah dan bekal anak pergi ke sekolah., bagi yang ingin mencobanya,..

Resepi pulut Gulung inti Ayam

  • 500 gram beras pulut direndam selama 2 jan
  • 250 ml santan
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan minyak secukupnya.


Isi:

  • 1 sdm minyak masak
  • 300grm fillet ayam, rebus dan siat 
  • 1 lembar daun salam
  • 100 ml santan
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang merah


Pelapis:

  • 2 biji telur , dipukul
  • 200gr tepung roti


Cara membuat:

  1. Isi: Panaskan minyak masak , tumis serbuk lada hitam bersama bawang merah hingga harum. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang santan, tambahkan daun salam dan serbuk kunyit. Masak hingga lunak dah kuah mengering. Angkat dan ketepikan.
  2. Bersihkan pulut, lalu kukus selama 15 minit. Angkat.
  3. Didihkan santan, garam, dan daun pandan. Campurkan pulut dengan santan panas, aduk rata dan biarkan selama 15 minit hingga santan meresap. Kukus pulut selama 30 minit atau hingga masak. 
  4. Letakkan pulut di atas plastik atau daun pisang kemudian ratakan. Letakkan bahan isi di atas pulut kemudian diratakan. Gulung hingga padat.
  5. Clupkan pulut ke dalam telur yang telah dipukul lalu, letakkan teung roti pada pulut hingga rata. Lakukan hingga dua kali.
  6. Goreng pulut dalam minya masak panas yang banyak, hingga kuning kecokelatan dan masak. Angkat dan tapiskan.
  7. Potong dan hidangan siap.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...