Sabtu, 27 Ogos 2011

Biskut Almond London.

Saat-saat akhir menjelang bulan Ramadhon baru aku mulai membuat biskut raya,kali ini aku menyambut Hari Raya ala kadarnya sahaja.Maklumlah tahun ini anakku yang sulung baru memulakan tahun perkuliahannya.Jadi sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang banyak.Aku hanya membuat beberapa jenis biskut sahaja.Mula-mula aku membuat biskut

Biskut Almond London
Bahan-bahannya
250 gram mentega
1 cawan gula halus
1 biji telur
1/2 sdt esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sdk emplek/ optimal
Kacang badam
Badam serbuk
Coklat masakan
Mangkuk kertas

Cara memasaknya
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung,tepung  naik sendiri dan emplek.
2.Campurkan  mentega,gula telur,esen vanila hingga menjadi doh yang lembut.
3.Bakar Badam sehinnga dalam 10 menit.
4.Buat adunan agak-agak sebesar guli isikan kacang badam yang dibakar ditengahnya.
5.Lalu  bakar adunan biskut tadi sehinnga kekuningan.
6.Masak coklat masakan secara double boiler,lalu salutkan biskut kedalamnya.
6.Hias dengan serbuk badam dan masukan dalam mangkuk kertas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...