Rabu, 1 Jun 2011

Puri.

Puri  adalah masakan orang India ,kali  ini aku mencoba membuat sarapan pagi dengan puri serta kauahnya adalah kuah dhal ,kuah adal adalah sejenis kuah kacang yang bercampur sayur tanpa menggunakan santan, jadi saya rasa sesuai untuk orang yang berdiet.

Resepi puri
Bahan-bahannya
400 gram tepung gandum
140 ml susu suam
120 ml air
60 gram margarine
garam secukupnya
minyak masak

Cara membuatnya
1.Gaul tepung,margarine,susu dan garam hingga sebati.
2.Tuangkan air sedikit demi sedikit uli menjadi doh yang lembut.
3.Ambil sedikit adunan canaikan bulat dan nipis,goreng dalam minyak yang banyak hingga kuning ,toskan minyaknya.
4.Hidangkan bersama kuah dal atau kuah kari.

Kuah dal
Bahan-bahannya
1 cawan kacang dall
2batang lobak merah potong
1 biji terung potong
2 biji kentang potong
1 sdt serbuk kunyit
1 cm halia
2 ulas bawang putih cincang
4 bawang merah dimayang
sedikit daun kari
Rempah empat sekawan
kuah dal
1biji sawi, 2sdm minyak untuk menumis.
3 ciji cili merah

cara memasak
1.Rebus kacang dalam periuk hingga empuk masukan lobak merah,kentang  kedalam rebusan kacang sehingga empuk.
2.Kemudian pula masukan terung dan cili yang telah dipotong serong,hingga layu dan naik bau.
3.Kemudian tumis bawang ,rempah empat sekawan biji sawi ,daun kari dan serbuk kunyit. Kemudian curahkan kedalam sayur tadi.
4.Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing,
.

2 ulasan:

Zuraidah berkata...

wekeke. Pernah buat ea? Huhu.

bobhandburry berkata...

Salam kunjungan... x penah dengar puri.. thanks sharing... senang2 singgah la melawat blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...