Isnin, 16 Mei 2011

Sup Ayam.




Tengah hari ini masak sup ayam dengan campur sayur sedikit dimakan semasa sup ini  masih panas.Masaknya sangat ringkas semua terkandung didalamnya dengan lauk dan sayurnya sekali,Kali  ini kupadankan dengan sambal kicap.

Bahan-bahannya
2 kepak ayam dipotong kecil
2 biji ubi kentang potong sederhana
1 biji lobak merah potong dadu
1 pokok daun bawang,1 pokok daun sederi
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
7 biji bawang merah kecil dpotong halus dan digoreng
1 cm halia ditumbuk
1 sdt lada serbuk lada putih
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga
1 sdm garam
1 sdt perasa,1 liter air

Cara membuatnya
1.Didihkan air dan masukan ayam masak hingga empuk
2.Lalu masukan rempah yang ditumbuk dan ubi kentang serta bunga cengkih ,buah pelaga dan bunga lawang.
3.Masak hingga kesemuanya empuk dan tambahkan garam ,serbuk lada sulah.
4.Akhir sekali masukan bawang goreng,daun sup dan daun bawang.

Sambal Kicap
3 biji cili merah,7 cili padi .2 ulas bawang putih direbus dan ditumbuk
Tambahkan 4 sdm kicap masin dan tambahkan limau nipis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...