Tengah hari ini cuaca panas...panas,,,panas dua hari hujan satu minggu panas . Jadi alangkah baiknya masak yang rebus-rebus saja, Nah sempena diet ini aku masak sayur rebus pucuk ubi, sambal blacan ,ikan bakar serta minum tengah hari jus belimbing
Resepi Sayur Rebus pucuk ubi.
1 ikat daun pucuk ubi
1 batang serai dimemarkan
1 batang cili merah dipitong
2 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sm garam
1 sdt perasa
1 liter air.
1 lembar daun kunyit..
Cara memasaknya
1.Panaskan air masukan semua bumbu hingga sbati.
2.Masukan daun ubi yang sudah dibasuh ,masak hingga empuk.
Sambal Blacan
10 biji ci merah dibakar
5 biji cili pasi di bakar ,1 cm blacan bakar
1 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang puti dibakar
1 biji limau nipis diambil airnya
1 sdt garam,1 sdt gula
Cara membuat
1.Tumbuk cili,bawang merah,bawang putih ,garam.dan blacan ,tumbuk kasar saja.
2.masukan perahan air limau.
Ikan Cencaru Bakar
2 ekor ikan cencaru
1 sdm garam.1st ketumbar
2 ulas bawang putih
2 ulas dawang merah
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Cara memasak
1.Bersihkan ikan buang isi perut dan insangnya,
2.Haluskan semua bumbu lalu perapkan ikan sekejap
3.Bakar dalam oven selama 15 menit/hingga ikan masak
Jus Belimbing
2 biji belmbing
1 gelas air
2 sm gula pasir
Cara membuat jus
Bersihkan belimbing ,blender bersama air dan gula.Kalau suka tambahkan air batu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan