Sempena diet aku memang mengelakan makanan yang berminyak terutama sayuran seboleh-bolehnya sayur aku rebus kali ini masak asam dari sayur-sayuran. Disamping asam boleh menecutkan perut;
Bahan -bahan
1 biji jagung tua dipotong empat
100 gram labu siam potong dadu
sedikit sayur pucuk manis,
5 biji cili merah ditumbuk halus
3 ulas bawang merah ditumbuk halus.
sedikit kacang tanah
2 sdm air asak jawa
1 sdm garam
1 sdm gula
1/2 sdt perasa
3 helai daun salam
2 butir buah keras
1 liter air
Cara membuat
1.Masak air hingga mendidih, lalu masukan bahan yang ditumbuk.
2.Renehkan sekejap baru masukan sayur-sayuran,kacang tanah dan daun salam hingga empuk,
3,Apabila sudah empuk baru masukan garam,perasa,dan gula .
4,Nah sudah siap sayur asam campur,lebih sedap dihidang bersama ikan masin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan