Pagi ini aku membuat lempeng dari pada ubi kayu,sarapan pagiku sempena diet ini hanya susu rendah lemak, sebiji pisang berangan dan sekeping lempeng ubi.
Bahan Lempeng Ubi
1 buah ubi kayu sederhana besar buang kulit bersihkan dan parut,
1 biji telur.
1/2 sdt garam
2 sdm gula pasir
1 biji cili merah buang biji cili dan cincang kasar
1 biji cili hijau buang biji dicincang kasar
Cara membuatnya
1,Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2.Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
3.Ambil 2-3 sdm bakar hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan