Isnin, 30 Mei 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini masuk telur asam pedas campur sayur , peria katak dan ketola .Masakan  masam pedas manis dan sedikit pahit.tapi pahit itu kan baik untuk obat lagipun tak menggemukan manakala buahnya oen dan minum air suam sahaja.

Resepi  telur asam pedas sayur Campur.
4 biji telur direbus kopek kulitnya
14 tangkai cili kering dikisar
4 ulas bawang nerah tumbuk halus
4 ulas bawang putih tumbuk halus
1sdt serbuk lada hitam
2 helai daun salam
1 btang serai diketuk
1 cm halia diketuk
1 sdm garam
1 sdt serbuk perisa
1 sdm gula
1 biji ketola potong serong
2 biji peria katak
1 helai daun kunyit
500 ml air

Cara memasak
1.Didihkan air masukan cili,bawang merah,bawang putih ,halia,daunkunyit serta daun salam.
2,Apabila sebati masukan air asam jawa garam serta serbuk lada hitam.
3,Sebatikan semua bahan diatas masukan sayur sera telur yang telah dicocok dengan garpu.
4,Apabila sudah empuk angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...