Rabu, 25 Mei 2011

Capati.

Menu diet sarapan pagi kali ini aku bersarapan ala India dan minumannya adalah teh tarik,sesekali sarapan diet bertukar selera ,Kali ini aku bersarapan Capati dan minum teh tarik dan sebiji pisang.
Resepi capati
500 gram tepung ata
1 gelas air suam
2 sdm margarine
1 biji telur

Cara membuat
1.Masukan tepung dalam mangkuk besar,buat lubang ditengah pecahkan telur margarine,air suam sedikit demi sedikit uli sebati hingga menjadi doh.
2.Bentuk adunan bebola kemudian digelek-gelek tipis ,semasa tabur tepung gandum supaya tak melekat.
3.Masak diatas kuali leper hinnga masak, kalau nampak menggelembung berarti roti sudah masak.

Nah sedangkan kuahnya adalah kari Dhall
Resepi kari dhall
bahan -bahannya
1 mangkuk kacang dhall
1 cawan susu rendah lemak
1 batang lobak merah dipotong kecil
1 biji terung dipotong
5 helai kacang panjang dipotong serong
1 biji ubu kentang.
garam secukupnya
4 sdm rempah kari
daun kari ikut cita rasa
1 bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih, 1sdm air asam jawa
rempah empat sekawan
1 sdm minyak untuk menumis.
Cara membuat
1.Dalam periuk masak kacang dhall sampai empuk dan hancur.
2.masukan kedalamnya sayur yang telah dipotong hingga empuk
3.Dalam kuali lain panaskan minyak tumis bawang besar,bawah putih ,rempah empat sekawan ,rempah kari,daun kari,tumis hingga naik bau.
4.Apabila sudah naik bau curahkan kedalam kuali yang berisi kacang dan sayuran,tuang susu,garam dan air asam jawa,masak hingga mendididih lalu tutup ,Hidangkan bersama Capati.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...