Ahad, 13 Mac 2011

Resepi Getuk Lindri

Bahan :

  • 250gm gula pasir
  • 150ml air
  • 1 sudu teh vanilla serbuk
  • 1kg ubi kayu (dikupas dan di kukus serta buang seratnya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • Gula pasir secukupnya utk hiasan
  • Pewarna merah, kuning dan hijau


Cara membuat :

  1. Rebus air dan gula, masukkan vanilla bagi menjadi tiga bahagian, masing-masing bagi warna.
  2. Tumbung atau giling ubi yang dikukus tadi semasa masih panas bersama setengah bahagian dari kelapa parut tadi hingga halus.
  3. Sesudah halus bagi adunan ubi menjadi tiga bahagian masing-masing bahagian dituangi dengan larutan gula yang telah diberi mwarna sedikit demi sedikit hingga bercampur rata.
  4. Setelah rata, masukkan adunan ke dalam gilingan daging dan potong-potong kira-kira 5cm.
  5. Hidangkan ketuk lindri ini dengan sisa kelapa parut yang telah diberi sedikit garam dan gula.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...