Sabtu, 19 Mac 2011

Halwa Betik Basah

Bahan :
  • 1biji betik muda(dibuang kulit dan bijinya)
  • 2 kg gula pasir
  • 250 ml air
  • 500 gram gula batu
  • 500 ml air
  • 1/2  sdt kapur sirih
  • 2 sdt pewarna hijau epal
  • 500 ml air

Cara membuat :
  1. Potong buah betik mengikut saiz yang hendak dibuat. Ukir mengikut ukiran yang disukai.
  2. Rendam ke dalam 500 ml air yang di campur sedikit kapur sirih dan pewarna hijau epal semalam.
  3. Esoknya, keluarkan betik tersebut. Didihkan 500 ml air, celurkan betik tadi. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah bekas.
  4. Kemudian, masak gula dengan gula 250 ml air. Selepas itu, masukkan gula batu. Bila gula telah hancur, sejukkan dan curahkan ke atas betik tadi.
  5. Esoknya, asingkan betik dari air gula dan panaskan air gula tadi. Sejukkan dan curahkan ke atas betik tadi.
  6. Lakukan seminggu atau lebih dan sehingga air gula menjadi pekat.

2 ulasan:

hanania hanin berkata...

Menarik.Terima kasih atas perkongsian :)

mzfansuri berkata...

mana nak beli.... buat memang x sempat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...