Isnin, 21 Mac 2011

Bebola inti Udang

Bahan
1 kg  udang Basah
300 gram  tepung hoy Kong
70 gram cendawan buluh kering dihiris halus
2 sdb stok  ayam
1 sdb tepung jagung
Air panas secukupnya
1 sdk minyak bijan
1/2 sdt serbuk lada putih
1 sdk gula pasir
Garam  secukupnya

Cara membuatnya
Udang dibuang kulit dan dibersihkan dengan tepung jagung.
Basuh dengan air dan keringkan.Kemudian gaul dengan garam,
stok ayam,minyak bijan,serbuk lada putih dan cendawan.

Sementara itu campurkan hoy kong dengan air panas  dan kacau hingga rata
untuk kulitnya.

Ambil sedikit  adunan kulit dan bubuhkan inti.Bulatkan.Buat begini hingga habis
Kukus selama 4 menit dan hidangkan panas_panas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...