Selasa, 25 Disember 2012

Kek Pisang Marble Milo

Pisang yang dibeli semalam tak habis dimakan..tak sampai dua hari pisang yang kubeli terlalu ranum. Asyik buat cekodok, apam pisang .Nah kali ini kubuat kek dicampur milo,, rasanya ternyata sedap juga.

Resepi Kek pisang Marble MIlo
Bahan-bahannya
4 biji pisang berangan yang masak ranum
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt Soda borkabonat
2 sm milo+2 sdm air suam dikacau rata
1 cawan minyak masak
1 sdt esen vanila
1sdt ovalete
3/4 cawan gula kastor

Cara membuatnya
  1. Blender gula bersama telur,ovalete sehinnga hancur lalu masukan pisang blender hingga hancur.
  2. Curah dalam mangkuk yang lebih besar, lalu masukan tepung gandum,baking powder soda borkabonat yang telah diayak terlebih dahulu.
  3. masukan campuran tepung berselang seli dengan minyak,sambil dikacau buat sampai habis.
  4. Masukan esean vanila, adunan dibagi dua  ,satu warna asal yang satu lagi tambahkan milo tadi.
  5. Panaskan oven dengan kepanasan 180 derajad,
  6. Maskan adunan kedalam loyang yang telah dialas kertas minyak dan disapu margarine dahulu.
  7. Curah adunan yang warna asal diikuti dengan adunan berwarna coklat.
  8. Kemudian , corekkannya .
  9. Bakar selama 30 menit/sehingga masak ikut kepanasan oven.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...