Jumaat, 3 Februari 2012

Roti Pintal Ubi Kayu.

Sebelah petang aku merebus ubi kayu sebab hujan tak berhenti-henti dimakan dengan  sambal kelapa,masak ubi memang banyak sebab hujan kan lapar sahaja ,akhirnya ubi itu tak habis, lalu dicubanya balance ubi tadi dijadikan roti pintal bergula  ternyata sedap juga. Aku membuat sebelah malam jadi boleh untuk sarapan paginya.

Resepi Roti Pintal Ubi Kayu


Bahan-bahannya:


  • 100 gram ubi kayu rebus dan dihaluskan
  • 350 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sdm susu tepung
  • 50 gram gula pasir
  • 1 sdm yis
  • secubit garam 
  • 150 ml air suam
  • 4 sdm margarine
  • 1 sdt Baking Powder 
  • gula kastor untuk taburan roti
  • 1 biji kuning telur untuk sapu roti


Cara memasaknya:


  1. Satukan yis, air, garam, gula biarkan ia larut.
  2. Satukan bahan kering, tepung, Baking powder, susu tepung lalu masukan telur dan margaine.
  3. Uli hingga rata dan masukan air yang sudah bercampur dengan yis tadi. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Biarkan selama lebih kurang 1 jam hingga adunan naik 2 kali ganda.
  5. Kempiskan adunan dengan ditumbuk-tumbuk selama 1 menit untuk membuang angin.
  6. Timbang adunan dalam anggaran 50 gram dan pilin memanjang lalu bentukkan seperti kita mengepang rambut.
  7. Biarkan adunan yang sudah dibentuk selama 25 menit hinnga naik.
  8. Panaskan oven selam 10 menit,maukan roti tadi denga di sapu kuning telur dan gula kastor
  9. Apabila sudah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit margarine.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...