Selamat Hari Deepavali kepada kaum India di seluruh negara ,Saya merasa bertuah duduk dinegara ini. Disamping aman damai serta penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum .Saya duduk dikawasan Taman yang mana penduduknya amat rukun dan saling bantu membantu satu sama lain. Yang seronoknya disini masing-masing kaum mempunyai perayaan masing-masing. Hari Raya Idil Fitri baru saja berlalu, sekarang deepavali sudah sampai., Nah kali ini sudah banyak banyak kuih muih lagi ,aneka muruku sudah mulai dijual dikedai-kedai. Saya juga suka makan muruku terutama muruku yang halus ,Selain muruku ada juga laddu,serta Idli.
Idli sangatlembut dan sangat sesuai dimakan dengan kari maupun sup, Saya mendapat resepi Idli dari jiran saya.
Resepi Idli,
Bahan-bahannya
 |
Idli. |
300 gram beras
250 gram kacang dhall hitam
2 sdm nasi
secubit garam
Cara memasaknya
1.Rendam beras dan kacang dall selama 4 jam secara berasingan.
2.Kisar beras dan nasi hingga halus, kemnudian kisar kacang dengan halus juga..
3.Satukan beras ,kacang dan garam hingga sebati,
4.Tuang adunan kedalam mangkuk keci dan kukus hingga masak.
5. Hidangkan bersama kari dan acar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan