Isnin, 1 Ogos 2011

Nasi Urap.

Nasi urap adalah nasi yang dimakan bersama bahan sayur-sayuran dicampur kelapa parut dicampur sedikit rempah .Nasi ini adalah nasi yang selalu dimasak didaerah pedesaan terutama apabila menyambut hari kelahiran anak maupun apabila anak sudah memncapai 3 bulan nasi ini anak-anakpun sangat menyukainya ,tapi kali ini aku jadikan makan untuk sahur dihari puasa yang kedua.

Resepi Nasi Urap

Bahan-bahan
400 gram nasi putih
Untuk sambal
300 gram kelapa parut putih
6 biji cili merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih  dihaluskan
1 ruas jari blacan bakar
2 ulas bawang merah dihaluskan
1 sdt garam
3 sdm gula pasir
2 cm cekur ditumbuk halus.
Campur kelapa dan bahan -bahan yang dihalusakn gaul hingga sebati.Goreng tanpa mintyak sehinnga agak kering.

Untuk Sayuran
100 gram kangkung
100 gram batam
100 gram daun betik muda
50 gram tauge
Rebus semua sayuran kecuali tauge hingga lembut, manakala tauge dicelur sekejap.
Campur Sayuran tadi dengan bahan kelapa,

Untuk lauk
Tempe goreng,tahu goreng,ikan masin, kacang tanah goreng.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...