Khamis, 7 Julai 2011

Nasi Jagung Istimewa.

Jagung boleh untuk menurunkan kolestrol,jadi nasi bila dicampur dengan sayur campur sangat baik untuk kesihatan kita,kali ini aku masak nasi jagung istimewa berlauk ayam masak merah untuk hidangan makan tengaha hari, masakan sangat ringkas dan berkhasiat.

Resepi nasi jagung Istimewa,
Bahan-bahannya
1 tongkol jagung direbus lalu buang tongkolnya
Ayam masak merah.
Nasi Jagung Istimewa.
2 biji telur dipukul sekejap
100  gram lobak merah dipotong  dadu
50 gram kacang peas
3 pinggan nasi putih
100 gram daging ayam potong kecil
2 sdm kecap manis
1 sdm sos tiram
2 cili merah dicincang halus
2 batang daun bawang
4 sdm minyak masak
1 sdm margarine
garam secukupnya

Bumbu yang dihaluskan
50 gram bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih.

Cara memasak
1.Panaskan 2 sdm minyak masak masukan telur kacau hingga rata .
2.Tambahkan 2 sdm minyak masak dan 1 sdm margarine pada kuali bekas telur tumiskan bumbu halus cil ,daging ,,lobak merah ,kacang peas dan jagung aduk rata,
3,Masukan kicap manis,sos tiram dan garam kacau hingga rata,teakhir masukan daun bawang.
4,Hidangkan selagi panas.

1 ulasan:

Zu berkata...

Hehehe. macam sedap ek? Ada minyak tak? >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...