Isnin, 27 Jun 2011

Pizza.

Pagi hari yang ceria ini sempena hari jadi anakku Zana aku mau masakan dia Pizza,masakan inilah yang paling dia suka berbanding kek,tapi hari ini aku bagi hadiah pizza dan sebuah kek yang sederhana.hari ini genap usianya yang ke 15 tahun uni dia akan menghadapi PMR semoga dia berjaya dalam pelajaran kali ini dan mendapatkan 8 A ya..itulah doa dari mamamu.

Resepi Pizza
Bahan kulit
200 gram pepung gandum berprotein tinggi
1 sdm gula
1 sdt garam
1 sdt yis kering rendam dengan 1/2 cawan air suam
100 ml air

1 sdm butter/minyak zitun/shorteng
1 sdm susu tepung

Untuk toping
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang
2 ulas bawang merah dicincang
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lda benggala hijau
3 batang sosej potong
cendawan butang dipotong,
sos tomato,keju parut.
1 sdt serbuk lada hitam
Cara memasak inti
Tumis bawang besar ,bawang putib serta bawang merah hingga harum,masukan cendawan ,lada benggala merah dan hijau serbuk lada hitam hingga agak empuk terakhir ssij lalu angkat.

Untuk kulit
1.Campur kesemua bahan kulit dan uli hingga rata tutup dengan kain basah.
2.Apabila adunan sudah kembang tumbuk-tumbuk tipiskan aduanan setebal 0,5 cm.
3.Letak aduan pzza ke acuan serta cucuk-cuk dengan garpu, letak cili sos dan tabur dengan isi serta terakhir keju parut.
4.Bakar dalam oven dalam suhu 180 darjad selama 20 menit.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...