Selasa, 7 Jun 2011

Menu diet Tengah hari.

Tengah hari yang panas ini aku masak sayur rebus sahaja lauk tempe goreng serta sambal ikan sahaja ,sedangkan buah kali ini aku makan manggo, dan minum teh hijau. Sayur kali ini aku rebus kubis panjang,lobak merah dan perencah Fish cake.Memang akhir-akhir ini aku sudah mengurangkan berat badan dengan cara ini.

Resepi Sayur Rebus Kubis panjang
Bahan-bahannya
100 gram kubis pnjang dipotong
50 gram lobak merah potong serong
50 gram fish Cake dipotong serong
1 biji bwang besar potong halus
2 ulas bawang merah potong halus
3 ulas bawang putih potong halus
1 kiub perecah ikan bilis
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
3 biji cili padi
2 helai daun salam
1 cm halia dihiris halus
200 ml air

Cara memasak
1.Masak air hingga mendidih lalu masukan bumbu yang dipotong halus,daun kunyit ,daun salam serta kiub ikan bilis.
2.Apabila sudah sebati masukan fish cake dan sayuran,
3.Biarkan sayur masak seketika lalu keluarkan daun salam dan daun kunyit.
4.Sayur siap dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...