Isnin, 30 Mei 2011

Roti Gulung Hot dog.

Pagi ini aku sarapan roti goreng hot dog dengan susu serta sebiji pisang ,ringkas senag dan cepat .
nah resepi roti hot dog
Bahan-bahan
5 keping roti
5 keping furter hot dog
2 biji telur dipukul
Minyak masak
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
serbuk roti secukupnya
sedikit putih telur untuk bahan pelekat

Cara memasak
1.Potong keliling roti dan canaikan roti hingga nipis.
2.Susun  hot dog pada roti,gulung roti dengan kemas.
3.Celupkan roti kedalam telur yang telah dibubuh garam dan lada sulsh.
4.Taburkan serbuk roti ,lekatkan hujungnya dengan putih telur.
5.Panaskan minyak dan goreng roti gulung hingga kekuningan.
6.Sedia dihidangkan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...