Isnin, 11 April 2011

Tosai

Bahan
800 gram beras
1 biji  kelapa
125 gram nasi putih
11 gram yis segera
3 sdm minyak masak

Cara membuat
1.Santan diperah dua kali sebanyak  250 ml,perahan satu disimpan dalam
peti sejuk,santan perahan dua sebanyak 700 ml.
2.Rendam beras selama 8 jam hingga beras kembang.dan toskan.
3.Satukan beras dan nasi dalam sebuah bekas,masukan santan 
perahan dua dan kisar hingga halus.Biarkan selama dua jam.
4.Campurkan yis dan santan perahan satu.Biar semalaman dalam peti sejuk.
5.Panaskan kuali leper dan lengserkan dengan sedikit minyak.
6.Goreng tosai seperti membuat kue dadar.
Bancuhan  tosai adalah pekat seperti dadih.Tambahkan air bila santan tak mencukupi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...