Isnin, 18 April 2011

Samosa.

Bahan
Kulit popia secukupnya.
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti
2 cawan daging kisar,
500 gram ubi kentang potong dadau dan toskan
2 bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cicang
2 sdm rempah kari
1 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air,garam, dan gula secukupnya.

Cara membuat inti
Panaskan minyak tumis bawang dan daun kari hingga wangi'
2'Masukan rempah kari dan masak hingga garing,kemudian masukan daging
dan biarkan masak.
3.masukan kentang,garam  dan sedikit gula dan air masak hingga kering.
4.Tutup api dan masuklan dalam mangkuk dan sejukan.

cara membuat samosa
1.Ambil sekeping kulit popia menjadi kelongsong 3 segi tepat.
2.Masukan inti dan lipatlah untuk menutupi samosa.
3.Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya dengan tepung gandum  yang
sudah dicampur air,Buat sampai habis.
4.Goreng samosa tadi dalam minyak penuh dan sederhana panas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...