Khamis, 21 April 2011

Nasi Kepal sayuran.

Biarpun ana-anak sudah besar tapi kalau disuruh makan sayur
cukup susah ,kadang aku  sampai naik angin menyuruh makan
sayuran,untuk menarik perhatian anak-anak aku cuba variasikan nasi 
bercampur sedikit sayur,kali ini aku berjaya menyuruh makan sayur.

Bahan
300 gram nasi putih
2sdm tepung gandum
2 ulas bawang putih cincang
150 ml air
1 kiub ayam
3/4 sdt garam
1/2 sdt lada sulah
25 gram lbak merah potong kecil
25 gram sayur buncis dicelur dihiris halus.
30 gram keju parut
2 sdm margarine
Minyak goreng

Bahan salut
1 biji telur
75 gram tepung serba guna

cara membuat
1.Tumis bawang putih hingga naik bau massukan masukan tepung gandum
kacau hingga berketul-ketul.
2.Masukan air sedikit demi sedikit kacau hingga licin.
3.Masukan kiub ayam ,lada sulah kacau lagi masukan nasi,lobak merah,buncis,
dan keju hingga bergumpal.
4.Bentuk bulat-bulat dan celupkan dalam telur  ,lalu golekan atas tepung .
goreng hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...