Jumaat, 29 April 2011

Nasi Goreng Jawa.

Malam tadi aku masak nasi terlebih ingatkan ada ornag yang mau datang  kat rumah rupa-rupanya ornag yang nak datang tak jadi, karena ada halangan ,,yah  apa boleh buat nasib baik aku masak lauk tak banyak sangat habislah semua lauknya. Cuma tinggal nasi sahaja lantas aku buat  nasi goreng ala kampung dulu ,balancenya boleh bawa bekal anak kesekolah.maklumlah anak-anak biasa membawa bekal.

Nasi Goreng Jawa
Bahan-bahannya
500 gram nasi
200 gram daging ayam  yangb dicincang
100 gram  ikan bilis tumbuk kasar
2 sdm kicap manis
2 sdm minyak untuk menggoreng.

Bumbu halus
4 cili merah buang biji
1 sdt blacan
6 bawang merah
3 bawang putih

Bahan pelengkap
Timun, bawang goreng,, krupuk, 2biji telur dibuat dadar.

Cara membuat
1.Tumis yang dihaluskan hingga harum, beri tiga sudu makan air dan kicap aduk rata.
2.Masukan daging dan ikan bilis  aduk rata masukan nasi dan kacau hingga betul-betul rata.
3.Letak dalam pingga dan hias dengan timun,krupuk ,bawang goreng dan telur dadar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...