Jumaat, 22 April 2011

LEMPENG PISANG,

Hai semua! Wah, wah. Terlanjur banyak pisang kat rumah ni, terpaksa lah manfaatkan sebaik-baiknya kan? tak kan nak di buang pulak. Membazir, membazir. 

Tu hari, pisang murah-murah kat kedai. Maklumlah, sekarang ni, musim durian. Pisang dah tak laku sangat kot. 

Sebelum terlalu ranum sangat pisang kat rumah ni, aku buat lah lempeng. Ie. Macam zaman Jepun dulu. Hehe.


Bahannya, tak lah banyak sangat. senang nak dapat. Kita cuma perlu,


  • 300 gram pisang berangan pisang emaspun boleh juga
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram gula pasir,
  • 1st garam ,Kelapa putih parut, Gula merah.
  • Minyak masak


Cara membuat
1.Hancurkan pisang kemudian masukan tepung,gula pasir.telur
dan gaul sampai sebati,
2.Tuang sedikit bancuhan diatas kuali panas yang telah dilengser dengan
sedikit minyak.
3.Setelah masak terbalikan dan masak bagian atasnya pula.Angkat dan boleh
dihidangkan bersama kelapa putih atau gula merah.

Selamat Mencuba, semuanya! :)

1 ulasan:

Zu berkata...

Wah, lempeng pisang? Mama letak la "pan cake banana".

Hehe. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...