Ahad, 15 Julai 2012

Bingka ubi kayu,

Petang semalam saya pergi pasar malam, seperti kebiasaanku tak lupa membeli ubi kayu,sebab disana harga murah, kalau di kampung senang saja mendapatkan ubi, sebab kiri kanan rumah kebanyakan tanam ubi kayu, Sebab ubi boleh dipelbagikan kreasi makanan, antaranya keripik ,bingka ,tapai dan lain sebaginya.
Manaklala daunnya boleh diolah menjadi pecal, gulai lemak ,sayur rebus.
Kali ini ubi kayu diolah menjadi bingka sebagai minuman petang.




Resepi bingka ubi kayu
Bahan-bahannya
1 kg ubi kayu dibuang kulitnya dan diparut
200gram gula melaka dipotong halus
200 ml santan pekat
200 ml air
2 biji telur
1 sdm tetung jagung
40 gram marganine

Cara memasaknya
1.Ubi kayu yang sudah diparut diperah diambil airnya ,pisahakan ubi dan air
2. Air perahan tadi diendapkan selama 15 menit nanti akan terpisah pati ubi dibawah, manakali airnya diatas.lalu airnya dibuang mamakala patinya dicampurkan ke ubi.
3.Campurkan ubi tadi dengan gula, santan x,air dan telur serta tepung.
4. Kacau serhingga sebati ,tambahkan margarie.
5.Sapu acuan dengan sedikit minyak,curahkan adunan diatasnya.
6. Bakar adunan selama 1 jam dengan kepanasan 180 darjad, atau hingga masak.
7.Apabila sejuk baru dipotong.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...