Khamis, 9 Februari 2012

Nasi Ayam.

Nasi ayam ini sangat senang dan ringkas pembuatannya..Ayamnya dimasak agak pedas sedikit jasi tak payah kita membuat sambal, nasi ayam ini memang nasi ayamnya orang malas,sebab nak ekpres kononnya .

Bahan untuk nasi
2 cawan  beras
2 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan
2 kuntum bunga lawang
3 cm kayu manis

Cara memasaknya
Satukan semua bahan dan masak dalam rice cooker,masak hingga kering.

Untuk lauknya
1/2 ekor ayam,1 sdm garam,1 sdt serbuk perasa.
3 ulas bawang putih
2 sdt srbuk lada hitam
3 sdm kicap manis
6 sm cili sos
3 sdm tomato sos

Rebus ayam hingga empuk lalu toskan ayamnya dan airnya untuk membuat sup,lumur dengan sos tiram,kicap pekat manis,cili sos dan tomato lalu bakar hingga kekuningan.

Untuk sup
Air rebusan ayam.
2 biji kentang
1 lobak merah
daun sup daun bawang
bawang goreng
1 kiub magi ayam

Untuk hiasan
daun salad. tomato,timun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...