Khamis, 5 Januari 2012

Tempe Bacem.

Tempe ini sesuai untuk hiudangan lauk tengah hari bersama dengan sayur asam serta sambal belacan, Disamping khasiat tempe yang banyak mengandungi protein kacang soya juga boleh dipelbagaikan dengan aneka variasi masakan. Semasa aku kecil tempe adaklah makanan utama dalam keluarga begitu juga tahu disamping harganya murah, Dulu ibu selalu buat makanan  dari bahan tempe untuk menghindari  kebosanan makan tempe,

Resepi Tempe Bacem
10 potong tempe dikerat-kerat
Minyak untuk menggoreng

Bumbu-bumbu
1 sdm ketumbar dihaluskan
2 ulas bawang merah dihaluskan
3 ulas bawang putih dihaluskan
2 sdm air asam jawa
1sdt garam
1 sdt ajinomoto
2 helai daun salam
1 batang serai dimemarkan
2 sdm gula merah
250 cc air

Cara memasak
1.Campur bumbu yang dihaluskan beserta tempe, air asam jawa,garam,.air,lengkuas,air,gula merah ,daun salam,ajinomto dan juga serai,
2.Masak sehingga air terhisap habis.
3.Goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...