Sabtu, 28 Januari 2012

Kue Jemari Kelapa.

Snek ini sangat senang membuatnya bahannya tak seberapa banyak , kuih ini juga sesuai untukm hidangan sempena perayaan juga boleh dijadikan oleh-oleh.Kuih juga tahan lama ada juga yang menyebutnya kuih gunting.Cara membuat kuih ini sangat praktis ,kuih ini merupakan snek kegemaran anak-anakku,

Resepi kuih jemari kelapa
Bahan-bahannya
4 biji telur
50 gram gula pasir
50 gram tepung pulut
50 gram tepung ubi
1/2 sdt garam
120 ml santan pekat
120 ml kelapa parut disangrai/ kelapa parut kering dalam tin
Minyak untuk menggoreng.

Cara memasaknya
1.Pukul gula dan telur sampai  putih.
2.Masukan garam,tepung pulut,tepung ubi kacau sehingga sebati.
3.Tambahkan santan dan kelapa parut,
4.Semprotkan adunan kedalamm kuali yang berisi minyak sejuk,lalu nyalakan api sambil dikacau .
5.Masak hingga kekuningan.

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Nampak sedap. Hehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...