Rabu, 18 Januari 2012

Getuk goreng manis.

Getuk goreng ini kesukaanku semasa kecil ,cara pembuatnnya seperti getuk getuk yang lain .Berdasarkan bahan ubi kayu dicampur dengan gula melaka serta sedikit kelapa parut,getuk ini juga untuk minum petang.Tapi semasa aku kecil inilah bekal sekolahku berasaskan bahan baku ubi,Tak kira dibuat kerepek ataupun dibuat gesrek, gesrek adalah ubi kayu diparut kasar memanjang lalu dikukus dimakan bersama kelapa parut .

Resepi Getuk Goreng Manis


Bahan-bahannya:
1 kg ubi kayu
2 ketul gula melaka, kalau nak manis lagi boleh ditambah lagi
1 sdm garam
1 sdt vanili
1 cawan tepung ubi.
MInyak untukmenggoreng

Cara memasaknya:
1.Ubi kayu dikupas lalu direbus dan dihaluskan semasa panas.
2.Campurkan ubi dengan garam serta gula kelapa yang dihiris tipi.
3.Gaulkan sehingga sebati lalu campurkan tepung ubi.
4.Ambil sedikit adunan lalu bulat-bulatkan dan goreng dalam minyak yang panas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...