Ahad, 22 Mei 2011

Sup Sayur Campur,

Tengah hari ini panasnya tak seperti hari kemarin ,namun begitu dari segi pemakanan harus betul-betul  dijaga
agar tidak dijangkiti berbagai penyakit. Makanan tengah hari ini  Nasi putih, sup sayur campur, ikan kembung masak balado serta minumannya Jus tembikai.

Resepi Sup Sayur
200 gram sayur Pak Coy
1 biji lobak merah potong halus
5 biji cendawan
1 biji bawang besar potong halus
4 biji bawang merah kecil, potong halus
2 biji bawang putih,potong halus
1 cm halia ,potong halus
1 kiub ayam,500 ml air.
1 dm minyak masak
1 biji cili buang biji

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak dalam kuali masukan bawang besar,bawang merah,bawang putih dan halia masak hingga harum.
2.Masukan air didihkan dan tambahkan dengan kiub ayam mask hingga sebati.
3,Masukan kesuam sayur kacau-kacau sekejap lalu angkat.
4. Nah siap  dihidangkan.

Ikan Kembung Masak Balado
3 -4 ekor kembung
1sdt ketumbar
2 ulas bawang putih
1 sdm garam
1 cm kunyit hidup haluskan
1 cm halia
Kesemua bahan A di campurkan menjadi satu dan diperap selama 10 menit

Bahan halus
10 ci merah diblender
1 biji bawang besar dicincang
5 biji bawang merah kecil  dicincang halus
3 ulas bawang putih dicicang halus
1 sdm air asam jawa
2 helai daun limau nipis
1 sdt garam
1 sdt sedrbuk perasa
1 sdt gula.
Minyak secukupnya

cara membuat
1.Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing ,lalu ketepikan.
2.Kurangkan minyak dan goreng bawang besar,bawang merah,bawang putih hinnga harum.
3,Masukan cili yang telah diblender,garam ,serbuk perasa,gula ,air asam jawa dan daun limau.
4.Tunggu hingga kering lalu masukan ikan kacau-kacau sekejap dan angkat.

Jus Tembikai
250 gram tembikai
200 ml air
2 sdm gula pasir
aair batu jika suka

Cara membuat
Campur  kesemua bahan lalu blender hingga hancur.
letak dalam gelas dan tuang air batu.

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Jus tembikai lagi sedap. >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...