Ahad, 29 Mei 2011

Menu diet tengah hari.

Tengah hari ini makananku cara ala kampung sederhana sekali. Nasi,sayur bening sayur meranti,tempe goreng sambal blacan dan bebola udang.Manakala buahnya pisang montel.

Nah Resepi Sayur bening meranti/ranti

Bahan-bahannya
200 gram sayur meranti
50 gram lobak merah
1cm lengkuas
1 sdm ikan bilis
2 helai daun salam
1 cm cekur dihaluskan.
3 ulas bawang merah dipotong halus
2 ulas bawang putih potong halus
1 sdm garam
1sdt serbuk perasa
1 batang cili merah potong serong
1 liter air

cara memasak
1.Didihkan air masukan bawang piti,bawang merah,ikan bilis,lengkuas,dau salam serta lobak merah dan cekur..
2.apabila semua sudah sebati dan lobak merah lembut,masukan garam serta serbuk perasa.
3.Teakhir masukan sayur meranti lau angkat.

Tempe Goreng
5 keping termpe potong nipis
1 sdt ketumbar tumbuk halus
1sdm garam
Bawang putih tumbuk halus
1 cm kunit hidup tumbuk hallus
Sedikit air/ 5-6 sdm
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
Campur kesemua rempah dengan sedikit air dan gaulkan tempe perap sekejap supaya bumbu meresap.
Goreng dengan minyak panas dan toskan.

2 ulasan:

Zuraidah berkata...

Padanlah rasanya lain je. Ingatkan sayur bayam tadi. >.<

Istinah berkata...

makanya belajar jadi orang kampung jangan jadi wong londo wae

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...