Khamis, 19 Mei 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini sangat panas sekali ingin sekali makan yang sejuk-sejuk seperti air batu campur,cendol tapi berhubung tengah diet ini kena kurangkan gula teruatama makanan yang manis-manis.Gula kan menambah kita menjadi gemuk dan kencing manis ,nah jadi kali ini aku tengah hari makan nasi putih,asam pedas daging yang telah dibuang lemaknya,dan sayur campur sera buah tembikai.

Nah ini resepi asam pedas daging
 400 gram daging lembu
2 biji kentang
3 bawang merah dihalusakn
2 bawang putih dihalusakan
3 butir buah keras dihaluskan
2 helai daun salam
1 batang serai dimemarkan
3 keping asam keping/ 5 biji belimbing buluh dibelah.
1 sdm garam
1 sdt gula .air secukupnya.
10 biji cili merah rebus dan haluskan
Cara memasaknya
1.Didihka air masukan bumbu yang dihaluskan,masukan daging lembu yang sudah dipotong mengikut selera kita.
2.Tambahkan serai, daun salam garam, dan gula.
3.Masukan ubi kentang masak hingga daging dan kentang lembut.

Sayur tumis Kacang panjang
1kat kacang panjang
50 gram udang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cili merah dipotong
1 sdt garam
1 sdt gula
1 helai daun salam
1 cm lengkuas

Cara memasak
1.Tumis bawang merah .bawang putih ,cili .hingga harum.
2.Masukan daun salam,lengkuas,udang kacau hingga rata.
3.Masukan kacang panjang ,garam dan gula kacau sekejap.
4.nah sudah siap dihidang




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...