Sabtu, 21 Mei 2011

Asam Pedas Telur Ikan

Telur IKan memang rasanya sedap teruatama apabila dimasak asam pedas lebihkan asam sedilkit,tapi yang sedap apabila kita menggunakan ikan tengiri. Semasa diet ini memang  aku mengamalkan banyak makan asam pedas ,tak kira apa jenis asam pedas. Nah bagi yang meminati asam pedas ini ada resepi asam pedas manalah tahu ada yang berminat. Mana kala buahnya aku buat jus Durian belanda.

Resepi Asam Pedas Telur ikan

Bahan-bahan
6 telur ikan tengiri
8 batang kacang bendi
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
5 pokok daun kesum
2 sdm air asam jawa
1 sdm garam
1 sdt gula
1 sdt serbuk perasa
air secukupnya

Cara memasak
1.Haluskan cili kering ,bawang merah dan bawang putih.
2.Didihkan air masukan bahan yang dihaluskan,air asam jawa ,garam ,gula dan serbuk perasa.
3,Apabila sudah sebati masukan ikan dan kacang bendi.

Tumis Kacang Botol
 Bahan-bahannya
15 tangkaiu kacang botol potong serong
10 ekor udang sederhana besar buang ekor
4 ulas bawang merah dipoting nipis.
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1cm lengkuas
1 sdm garam ,2 cili merah potong halus
1 sdt serbuk perasa
1 sdm minyak

Cara memasak
1.Panaskan minyak masukan bawang merah ,bawang putih hingga naik bau.
2.lalu masukan cili merah ,udang ,kacang boto sehingga rata.
3.Akhir sekali masukan garam dan serbuk perasa.

Jus Durian Belanda
1 biji durian belanda
1 jug air masak
5 sdm gula pasir
air batu bila suka

Cara membuat jus
Campur kesemua bahan kecuali air batu
Blenderkan hingga semua hancur dan larut..
Akhir sekali masukan air batu secukupnya,

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Tak suka telur ikan. =,=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...