Isnin, 25 April 2011

Cekodok Sukun.

Sukun boleh dipelbagaikan menjadi pelbagai macam makanan. Sukun yang sudah tua rasanya lemak boleh juga dibuat kek, kerepek, pengat serta pelbagai makanan yang suggah menyelerakan.Kali ini aku pergi pasar tani, aku beli sukun yang tua dan lembek sikit kubuat cekodok untuk sarapan pagi.

Resepi cekodok Sukun
Bahan-bahan
1/2 cawan sukun ranum dilecek
2 cawan tepung gandum
secubit garam
1/2 sdt soda borkadonat
1 biji telur
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

cara membuat
1.Satukan semua bahan diatas gaul rata.
2.Panaskan minyak dan goreng hingga kekunigan.
3.Sesuai untuk sarapan pagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...