Khamis, 17 Mac 2011

Bergedil berkrim

Bahan :
  • 100 gram bawang merah, digorng garing
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji cili hijau, dibuang biji
  • 3 tangkai daun sup
  • 600 gram daging, dikisar
  • 2 camca besar serbuk jintan manis
  • 100 gram serbuk roti
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • garam secukupnya
  • minya untuk menggorang
  • 2 biji telur, dipukul

Bahan sos:
  • 100 ml air panas
  • 1 camca teh pati rebusan ayam
  • 2 camca besar serbuk gelatin halal
  • 320 ml mayonis
  • 4 camca besar sos cili, jika suka

Cara membuat:
  1. Untuk bergedil, kisar bawang goreng, bawang besar, cili hijau dan daun sup sehingga halus.
  2. Mengguna mangkuk besar, satukan campuran bawang bersama daging, serbuk jintan manis, serbuk roti, serbuk lada hitam dan garam. Bentukkan bebola dan leperkan. panaskan minyak, celup bergedel di dalam telur.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan. Angkat dan sejat.
  4. Membuat sos, masukkan air di dalam mangkuk kecil tahan panas dan larutkan pati ayam.
  5. Tabur gelatin di dalam air pati ayam. Biar lima minit.
  6. Letak mangkuk bergelatin di dalam periuk air mendidih perlahan. Kacau sehingga gelatin larut. Tuang gelatin di dalam mayonis. Kacau rata.
  7. Curahkan di atas bergedel sewaktu menghidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...