Khamis, 17 Mac 2011

Sotong Ria

Bahan :
  • 125 gram krim keju, dibiar lembut
  • 1 biji kuning telur
  • 1 camca besae tepung jagung
  • 5 tangkai daun kucai. dihiris
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • garam secukupnya
  • 8 keping daun Montadella (daging salai, nipis)
  • 8 ekor sotong besar
  • 4 camca besar minyak
  • 4 camca besar cencaluk
  • 1 camca teh gula
  • 100 ml air
  • 80 gram badam, dibakar rangup

Dikisar halus:
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 8 biji cili padi

Cara membuatnya:
  1. Putar krim keju, kuning telur, tepung jagung, daun kucai. serbuk lada hitam dan garam sehingga lembut dan halus.
  2. Ratakan sedikit campuran krim keju pada sekeping daging salai. Gulung kemas. Sumbat di dalam badan sotong. Sematkan lidi koktel. Kukus hingga masak. 
  3. membuat kuahnya, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
  4. Masukkan cencaluk dan gula, kacau 3 minit. Masukkan air, biar mendidih dan kuahnya pekat. Bubuh badam dan angkat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...